Kaedah Taṣḥīḥ Ḥadīth Sebahagian Ulama Tasawwuf – Bahagian 1 (Asal-usulnya)

Isu taṣḥīḥ ḥadīth melalui kasyaf ahli Tasawwuf

Al-Ḥāfiẓ Al-Syaikh Aḥmad ibn al-Syaikh Muhammad ibn Al-Siddīq Al-Ghumārī dalam kitabnya Al-Mughīr menukilkan satu riwayat, Nabi s.a.w. berkata, “Jika kamu mendengar hadith yang diriwayatkan atas namaku, yang mana hati-hati kamu mengenali ianya (daripadaku) serta bulu-bulu romamu sera kulit-kulitmu menjadi tenang, dan kamu melihatnya dekat (ke hatimu) maka aku lebih utama dari kamu kepadanya (yakni ia adalah hadithku)…” diriwayat oleh Aḥmad daripada ḥadīth Abi Ḥumaid dan Abī Usaid. [16058, Musnad Makkiyīn]

حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ، عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ سَعِيدِ بْنِ سُوَيْدٍ، عَنْ أَبِي حُمَيْدٍ، وأَبِي أُسَيْدٍ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ” إِذَا سَمِعْتُمُ الْحَدِيثَ عَنِّي تَعْرِفُهُ قُلُوبُكُمْ، وَتَلِينُ لَهُ أَشْعَارُكُمْ، وَأَبْشَارُكُمْ، وَتَرَوْنَ أَنَّهُ مِنْكُمْ قَرِيبٌ، فَأَنَا أَوْلَاكُمْ بِهِ، وَإِذَا سَمِعْتُمُ الْحَدِيثَ عَنِّي تُنْكِرُهُ قُلُوبُكُمْ، وَتَنْفِرُ أَشْعَارُكُمْ، وَأَبْشَارُكُمْ، وَتَرَوْنَ أَنَّهُ مِنْكُمْ بَعِيدٌ فَأَنَا أَبْعَدُكُمْ مِنْهُ ”

Maka ini adalah satu shāhid bagi mereka pada penghukuman mereka atas kepalsuan hadith dengan mendengar semata-mata sekalipun pada zahirnya sanadnya sah, kecuali perkara ini tidak dapat diterima dan tidak ada kecuali daripada mereka yang berkecimpung dalam bidang hadith dan berkhidmat kepadanya sehinggakan dia mengecapi rasa segala lafaz Nabawi serta (segala lafaz-lafaz itu) telah bercampur dengan darah dagingnya….

(Kebolehan ini diterima) dari Muhaddith yang telah bercampur akan sunnah dengan ruhnya dengan tambahan cahaya hati dan kebersihan minda…bukan dari selainnya daripada golongan fuqaha, penceramah, dan golongan sufi….kecuali para ‘Arifin billah, ahli kasyaf yang saḥīḥ yang memiliki mata hati yang menembusi dengan cahaya Allah ta’ala bukan dari selain mereka.

Menurut Ustaz Khafidz Soroni kaedah ini asasnya telah wujud sejak zaman tabiin lagi. Antara mereka ialah al-Rabi‘ bin Khuthaim at-Thawri al-Kufi (w. 61 atau 63H), seorang tokoh tabii, wali dan ahli ibadah yang pernah dipuji oleh Ibn Mas‘ud RA katanya: “Sekiranya Rasulullah SAW melihatmu, nescaya dia akan mengasihimu”.

Al-Khatib al-Baghdadi dan lain-lain telah meriwayatkan daripada al-Rabi‘ bin Khuthaim katanya:

إن للحديث ضوءا كضوء النهار يعرف، وظلمة كظلمة الليل تنكر.

“Sesungguhnya bagi hadis itu ada cahaya seperti cahaya siang yang dapat dikenali dan ada kegelapan seperti kegelapan malam yang tidak dapat dikenali”. (al-Kifayah: 605) [intaha nukilan dari Ustaz Khafidz]

Rujukan :
– Nota Q&A Hadith Ustaz Khafidz Soroni (Telegram)
– Al-Mughir ‘ala Al-Āḥādīth Al-Mawḍū’ah fī Al-Jāmi’ Al-Saghīr, Al-Ghumari (Khatimah kitab)

%d bloggers like this: